Syarat-Syarat Dan Kelayakan

  1. Warganegara / bukan warganegara.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  3. Waras dan tidak berada didalam pengaruh dadah dan alkohol semasa urusniaga.
  4. Barang gadaian hendaklah emas tulen atau barang emas yang menepati spesifikasi ketulenan.
  5. Mutu emas bermula daripada 750 hingga 999 iaitu 18k hingga 24k.

Dokumen

  1. Kad Pengenalan.
  2. Passport (sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh luput)

Had Pembiayaan

  1. Jumlah pembiayaan 75% dari Nilai Marhun bagi anggota KSKMAS.
  2. Jumlah pembiayaan 70% dari Nilai Marhun bagi orang awam.
  3. Had pembiayaan pada hari yang sama tidak melebihi RM50,000.
  4. Jumlah pembiayaan terkumpul tidak melebihi maksima RM100,000.

Tempoh Pembiayaan

  1. Tempoh gadaian ialah 18 bulan (6+6+6)
  2. Caj kadar keuntungan mestilah dibayar setelah genap 6 bulan (tarikh matang) bagi mengelak barang gadaian daripada dilelong.

Kadar Keuntungan

  1. Kadar keuntungan ialah sebanyak 0.70 sen bagi setiap RM100 dari Nilai Marhun.

Proses gadaian

  1. Barang gadaian akan ditimbang bagi mendapatkan berat emas.
  2. Barang gadaian akan diuji terlebih dahulu bagi menentukan mutu emas.
  3. Mengisi dokumen yang berkaitan.

Proses Penebusan

  1. Pelanggan perlu membawa Surat Akuan Gadai (SAG) dan Kad Pengenalan / Passport (bagi bukan warganegara)
  2. Perlu menjelaskan bayaran pembiayaan dan kadar keuntungan yang dikenakan.
  3. Pelanggan boleh membuat gadaian bertindih. Jumlah pembiayaan baru adalah bergantung kepada Nilai Marhun semasa.

Surat Akuan Gadaian (SAG) Hilang atau Rosak

  1. Pelanggan perlu datang ke pejabat Ar-Rahnu EMAS bagi mendapatkan borang Aduan Surat Gadaian (SAG) Hilang dan Surat Akuan Sumpah.
  2. Pelanggan perlu mendapatkan COP Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Surat Akuan Sumpah hendaklah diserahkan kepada Ar-Rahnu EMAS dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.